Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Jalan-jalan

Jalan-jalan Melaka
Saje je
bawak mak and adik
Dah lama pun tak ke dataran pahlawan nih
Macam biasa jalan jem
Nasib baik senang dapat parking
guna minda separa sedar
cehhh...
dalam hati 
dapat parking
dapat parking
dapat parking
...
tup-tup
dapat pun
depan Restoran Upin Ipin tu
.
.
.
bagus juga Minda separa sedar nih
jangan tak sedar sudah..

Tengok orang naik beca
kami tak naik pun...
berdentam dentum bunyi lagunya
lagu yang tengah glamer
Sakitnya Tuh Di sini
hmm
dalam hati nyanyi gak
part
sakit,,,
sakit,,,
part tu je melodinya macam
lagu sape tu
Miley Cyrus..wrecking ball
kihkihkih,,,
                                                     

 mmm...tak beli apapun sangat
masuk daiso beli dulang
adehhh...
beli 2 pulak tu
dah kenapa?

Mak beli belacan cencalok

Rasanya beli macam banyak...
tapi bila balik umah kira balik macam tak cukup
ke peniaga tu tak masukkan dalam plastik
mmm...lain kali tengok.

hihihi.



ok sekian untuk entry kali ni.







Sunday, 9 November 2014

NICE 2014


NICE 2014
NICE merupakan acara tahunan anjuran MOSTI dan pada tahun ini ia diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur.

NICE ialah singkatan kepada National Innovation and Conference Exhibition atau dalam bahasa Melayunya Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan. Program ini menyasarkan penyertaan daripada sektor industri, awam,penerima dana MOSTI, penyelidik dan pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Saya dan dua lagi rakan bersama 13 orang pelajar berpeluang melihat pameran inovasi ini.
Kami pergi pada 2 November 2014 (Ahad) iaitu hari terakhir pameran diadakan.

Antara yang menarik perhatian saya ialah Inovasi yang di hasilkan oleh Kolej Vokasional Sibu yang menghasilkan pembaris yang lengkap dengan protraktor untuk mengukur sudut. Dua orang pelajar ini menunjukkan kepada saya bagaimana melukis bulatan dan juga segitiga dengan mudah dan memberi ukuran dengan tepat.

Pembaris Besar tu replika untuk menunjukkan skala
Cara-cara penggunaan pembaris
Saya juga tertarik dengan penghasilan alat membungkus buah pada pokok yang dinamakan Fruitty Loop. Peserta adalah pelajar Sekolah Rendah Tarcisian Convent Ipoh. Bahan-bahan terbuang seperti paip getah, engsel pintu mangga, gelang getah, batang penyapu,plastik yang senang didapati digunakan dan hasil ciptaan itu mereka berjaya merangkul wang tunai RM10,000 bagi kategori sekolah. Hebat bukan?
Sumber : Google
Cara-cara membungkus buah
Bahan Terbuang
                                                                     Antara yang menarik di pameran NICE 2014.



 Penerangan tentang molekul nano yang menghasilkan molekul molekul bebas di dalam cat
Basikal Kayuh di Rekabentuk Malaysia

Prototaip

Antara Barangan Yang Dikormesialkan

Ada booth yang bagi cupcake Nyummy :)

Gambar Kenangan Bersama Pn Haniah Tukiman

Mmmm...tetiba je kat sini....
Balik dari pameran kami singgah ke Putrajaya...

Ok Sekian.Terima Kasih.