Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, 2 January 2015

KUCING KESAYANGAN KAMI SUDAH TIADA LAGI

Sedih..
Antara kucing kesayangan kami sudah tiada lagi.
Mati.

31 Disember 2014
Dah 2 hari Neneng tiada.
Kami panggil Neneng sebab bulunya kuning.
Pembersih dan manja.

Pantang kalau dibuka pintu bilik
Pasti akan meluru masuk.
Aksinya akan sama setiap kali masuk bilik.
Lari meluru.
berhenti
kedepankan kakinya
tonggekkan bontotnya
kemudian
bammm
sajer jatuhkan badan
lepastu baring ke kiri dan ke kanan.
comel.

Kematian Neneng disebabkan infection di kakinya.

Gambar Neneng yang menjadi kenangan


TAZKIRAH
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, 
“Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Video Kenangan Neneng


SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Hihi...dah bersawang dah blog ni
Tapi rasanya tak terlambat nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 2015
Dah 2 Januari 2015 dah pun.

Dulu masa buat blog,
angan-angannya satu hari satu entri
hmmm,,,,
hangat-hangat taik ayam orang cakap.

Penghujung Disember 2014 penuh dengan berita duka Malaysia.

Banjir
Air Asia
dan
jenayah dan rendah moral yang masih berterusan
.
.
.

Semoga Tahun 2015 ini
memberi sinar baru

Azam?

Azam saya tahun ni berkaitan blogging.
Sekurang-kurangnya seminggu 5 entry..

adehhh...moga tak bersawang lagi.



Adiosss.

TAZKIRAH PILIHAN

Bohong Sunat 
Dari Ummu Kalsum binti 'Uqbah RA sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 'Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.. 

Friday, 5 December 2014

Kembali

Minggu ni ada dua kematian .
Rabu - nenek saudara suami meninggal
Hari ni Khamis - mak ngah saya meninggal.

Setiap yang hidup akan kembali pada Pencipta.
Allah SWT.

Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah.
Amin

Perkara Yang Mengiringi Jenazah 
Daripada Anas RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, 'Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya'

picture : google