Saturday, 8 November 2014

Motivator - Mario Teguh

Jika di Malaysia antara motivator yang terkenal Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj,Prof Dr Muhaya Mohamad dan ramai lagi banyak memberi inspirasi dan semangat kepada kita dengan memberi motivasi untuk kehidupan amnya.

Di Indonesia, ada seorang motivator yang saya kagumi setelah melihat beliau di dalam youtube dalam rancangan Mario Teguh Golden Ways.Sebetulnya saya mencari keyword Pak Habibie berkenaan dengan filem Habibie Dan Ainun. Dari tumbnail youtube yang ada saya klik True Love di mana Mario Teguh menjadi pengacaranya dan Pak Habibi sebagai tetamu. Dari situ dari satu video ke video yang lain saya dapati Mario Teguh merupakan seorang motivator yang sangat dikagumi dikalangan warga Indonesia. Kata-katanya sangat memberikan inspirasi dan penuh semangat.

Di sini saya petik dari blog ini dan saya ubah suai ke bahasa Malaysia.

Mario Teguh adalah seorang muslim yang menjadi motivator dan perunding perniagaan dan keperibadian asal Indonesia. Agama Mario Teguh adalah Islam. Bagi yang menganggap bahawa Mario Teguh Kristian, anda salah besar! Ya, Mario teguh beragama Islam. Beliau menjadi motivator tanpa menyinggung agama tertentu dan tidak mengira apa agama sekalipun. Mari kita semak kisah hidup Pak Mario!

Nama asalnya adalah Sis Maryono Teguh, tetapi menggunakan nama Mario Teguh . Berkelulusan Sarjana Pendidikan dari Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Malang. Mario Teguh sempat bekerja di Citibank, kemudian mendirikan Bussiness Effectiveness Consultant, Exnal Corp. menjawat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) dan Senior Consultan. Beliau juga membentuk komuniti Mario Teguh Super Club (MTSC). Pak Mario lahir di Makassar, 5 Mac 1956.

Tahun 2010 kembali meraih penghargaan dari Muzium Rekod Indonesia, MURI, sebagai Motivator dengan Facebook Peminat terbesar di dunia.
Mario Teguh Golden Ways. hebat kan?

Di awal tahun 2010, Beliau terpilih sebagai satu dari 8 Tokoh Perubahan 2009 versi Republika surat khabar yang terbit di Jakarta.

Sebelumnya Beliau membawakan acara bertajuk Business Art di O'Channel. Kemudian namanya semakin dikenal luas oleh masyarakat ketika ia membawakan acara Mario Teguh Golden Ways di Metro TV. Pada saat ini Mario Teguh dikenali sebagai salah satu motivator termahal di Indonesia.

Di tahun 2003 mendapat penghargaan dari Muzium Rekod Indonesia, MURI, sebagai penganjur seminar bertuah kereta pertama di Indonesia.Video Super Mario Teguh

PENDIDIKAN Mario Teguh
  • Jurusan Seni Bina New Trier West High (setingkat SMA) di Chicago, Amerika Syarikat, 1975.
  • Jurusan Linguistik dan Pendidikan Bahasa Inggeris, Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan Malang (S-1).
  • Jurusan International Business, Sophia University, Tokyo, Jepun.
  • Jurusan Operations Systems, Indiana University, Amerika Syarikat, 1983 (MBA).

PENGALAMAN Mario Teguh
  • Citibank Indonesia (1983 - 1986) as Head of Sales
  • BSB Bank (1986 - 1989) as Manager Business Development
  • Aspac Bank (1990 - 1994) as Vice President Marketing & Organization Development
  • Exnal Corp Jakarta (1994 - present) as CEO, Senior Consultant
  • Kepakaran: Business Effectiveness Consultant

BUKU KARANGAN Mario Teguh

  • Becoming a Star (2006)
  • One Million Second Chances (2006)
  • Life Changer (2009)
  • Leadership Golden Ways (2009)

PRESTASI Mario Teguh 
  • Meraih penghargaan dari Muzium Rekod Indonesia, MURI, sebagai Motivator dengan Facebook Peminat terbesar di dunia.
  • Terpilih sebagai satu dari 8 Tokoh Perubahan 2009 versi Republika surat kabar yang terbit di Jakarta.


Sebelum ini Mario Teguh menjadi pengacara bagi Business Art di O'Channel. Kemudian namanya semakin dikenal luas oleh masyarakat ketika ia membawakan acara Mario Teguh Golden Ways di Metro TV. Dan pada saat ini Mario Teguh dikenali sebagai salah satu motivator termahal di Indonesia.

Salam merubah nasib, superrr ...

No comments: