Saturday, 17 January 2015

Pajeri Nenas Versi Sendiri

hmm...baru siap masak..
masak ringkas je..

haritu hubby bawak balik nenas 4 biji
member dia bagi katanya

2 biji dah makan gitu jek
manis dan bersari
sedap tu

harini tetiba macam nak buat
pajeri nenas

apa lagi
google la resepi
maklumat kan dihujung jari
tengok resepi diorang ni guna santan la pulak
kat dapur ni santan pun takde
mmm...hentam je lah..takde santan pun ok kot

saya cuma guna 
bawang kecil 5 biji
bawang putih 3 biji
halia sikit
udang kering

semua tu blend...
mananya saya nak tumbuk
m a l a s
zaman da berubah

masa nak tumis
campak 
bunga lawang
kulit kayu manis
cengkih
then
masuk bahan blend
tunggu ler macam da wangi gitu
masuk rempah kari ikan yang dah dibancuh air
tunggu sampai pecah minyak
buh garam dan gula

agak-agak dah lama tu 
baru masuk nenas yang dipotong gaya saya (hehehe)
sukati je kan

ok gaul dan tutup periuk
mmm rasa macam nak berkuah
saya bubuh air sikit

biar sampai nenas nampak layu

siap!!!
Pajeri Nenas Versi Marina


No comments: