Friday 5 December 2014

Kembali

Minggu ni ada dua kematian .
Rabu - nenek saudara suami meninggal
Hari ni Khamis - mak ngah saya meninggal.

Setiap yang hidup akan kembali pada Pencipta.
Allah SWT.

Semoga roh mereka dicucuri Rahmat Allah.
Amin

Perkara Yang Mengiringi Jenazah 
Daripada Anas RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, 'Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya'

picture : google

Thursday 4 December 2014

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2015

Ni Jadual Tarikh Gaji 2015 bagi penjawat awam.

Supaya bila nak tengok tarikh gaji ni,
kira macam mengingatkan diri.
Jangan Boros Marina ya...


Bila dah ada jadual ni,
moga perancangan kewangan lebih tersusun
dan teratur.
amin.

Motivasi Kewangan

Saya suka baca catatan Pakdi
Beliau sedikit sebanyak memberi motivasi
dalam dunia menyimpan dan menjana wang.

Kadang tu terasa tersindir pun ada.
Hakikatnya ada yang betul pun.

Selain Pakdi, saya suka baca catatan Irfan Khairi
Semua kenal Irfan Khairi.
Jutawan tu.

Baca motivasi kewangan ni, rata-rata memberi nasihat yang sama.
Ulang-ulang perkara yang sama.
Cara olahan je yang berlaianan.
Pun suka baca wom

Baca untuk motivasi.
Tu saya suka.

Zaman jahiliyah ku dulu
Suka berbelanja sakan.
Siapa tak suka belanja ye tak.

Ayat yang selalu saya baca

Simpan dahulu baru belanja.

Fahaman pertama saya ialah

Kita simpan duit...then belanja lah sesukahati.

Sebenarnya bukan.

Maksudnya ialah.

Simpan
Lupakan (Jangan dikenang)
.
.
Ada Baki
Baru belanja.

Mana nak simpan?
Bawah bantal pun boleh...
hahaha....

Simpan la mana-mana tempat yang selamat.
Saya dah buat dah 
KEMPEN HIJAU

Ni antara koleksi tabung saya,
CIK MEOW BIRU

Wednesday 3 December 2014

Taekwondo


Comel je kan.

Dulu...masa zaman saya muda mudi dulu
ada jugak masuk dunia pertahankan diri ni.

masa sekolah rendah
silat gayung
belajar basic je..

masa sekolah menengah
macam takde..

masuk u
ada masuk taekwondo
hihi
pun basic je
memenuhi masa kokurikulum

nih bukti...
kira adalah kenangan.
baju tak ingat letak mana
yang tinggal lencana ni haaa...

Mee Udang Banjir Muar


Ahad hari tu balik kampung.
Sampai je rumah terus cakap dengan mak.
Jom kita makan mee udang banjir.
Mak ok je..tapi lepas solat asar.
ok set.



Rasa ok.
Ada lah dalam 5 ketul udangnya.
Udang tu saya guna tangan je nak makan.
hihihi.

Lepas tu siap ler telinga ku gatal.




Aiman

Aiman ni anak buah saya.

Jom tengok aksi Aiman.





cute kan?

Stay Tuned

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



The Little Book Of Detox

Saya ada buku DETOX...
macam lawak je kan...
tak pernah ikut satu persatu pun..adeh...

Ni buku mini...


Kandungannya padat.
Ala-ala nasihat.
Minum air banyak
Makan buah-buahan
Buat senaman..
yang semua orang tahu...
Mmmm...itupun buat buku...
dan...ada yang beli termasuk saya...hmmm

Salah satu yang saya amal kan

mana taknya...
Tambah bil astro semata-mata nak tengok 
Maharajalawak Mega...
Adehhhh

Wednesday 26 November 2014

BOLING 2014

Menyelongkar gambar
Jumpa gambar ni

Kejadian eh peristiwa bermain boling

Perlawanan Boling Sempena Hari Guru
Bila?
22 Mei 2014

Ok kita tengok aksi-aksi pemain boling ye.

Antara pemain-pemain amatur... hihi
Nak baling ler nih...
Tumpukan perhatian...
Ni barulah pro...
Pemilihan bola
Fokus sungguh mereka ni..
Gambar kenangan dengan Pn Rosnah...Dia dah berhijrah...

Kredit gambar harus diberi kepada Cikgu Shah.

Saya edit je.

Oh,,, nak bagitau
Saya dapat tempat ke
5

Boleh la kan..


MAK

GAMBAR DIAMBIL PADA 6 APRIL 2014

Gambar saya bersama mak.
Tapi semua gambar mak tutup mata.
Mak cakap flash.
Tapi takde flash pun.


Yang ni ok
Takde flash!



MH370



Source : themalaysianinsider.com

Gambar ni diambil pada 5 April 2014
Tanda sokongan pencarian MH370





TWIN TOWER 5 SEN

macam tak de kerja kan

cari satu satu..

mata dah la agak rabun
Tabung 5 sen

Dalam banyak-banyak 5 sen tu

Ni ler satu yang saya jumpa

twin tower gitu

hahah...

Nak lebih jelas


macam tak de kerja je..

Simpan
Untuk Koleksi

Pernah uplod dalam facebook

Ada yang cakap 
kan gasing tu..

Memang la gasing
Cuba tengok atas gasing tu
Macam twin tower kan

.......................................

mmm...kenapa ku terjebak buat benda - benda gini.

ROTI LAPIS BERTUNA

Semalam buat ni.
ROTI LAPIS BERTUNA

mmm...Tuna lagi....
Dah tu yang ada kat dapur kan...


Tuesday 25 November 2014

Naik Bot Di Port Dickson




Video di ambil pada Jun 2014
Baru nak uplod
Saya, kak cikin, dd, alen, hajar dan anaknya aiman.
Naik bot tengok laut.

Takde siapa pun antara kami yang mabuk...laut,
Ok ler tu.

Yang belanja bot semestinya kak cikin
tq ya
RM100.

Saya Tak Pandai Bersolek !


Source : Google

Source : Google
Source : Google
Leka tengok orang bersolek nih.

Apapun saya tak pandai bersolek.
Solek pun sekadar sikit-sikit je.
Bedak
Lipstik.
Dah macam tu je.

Natural

Monday 24 November 2014

Tambah Gula


Tambah lagi gula ok.

Manisnya air...berapa sudu awak letak?

Cuba kira.

1
2
3
4
5
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
justonelasttrick:

cinemagraph - sugar
Sumber : justonelasttrick
Mmmm......bila la nak minumnye.

ROTI LAPIS TUNA BLACK PEPPER

Salam sayang,

Petang tadi saya buat ROTI LAPIS TUNA BLACK PEPPER namanya.

Hihi..sebenarnya baki bahan semalam (TWICE BAKED POTATO)...supaya ianya digunakan semaksimum mungkin.Takut masuk peti langsung tak tengok, tu yang bahaya tu.
Jadi gunakan lah yek.

Ada roti lapis , tuna baki semalam, mayonis, daun sup n daun bawang,planta. serbuk cili, keju, and lada hitam...ada bahan maka boleh la buat.

Seperti biasa nak tunjuk jugak step by step ...hihi..

Susun roti lapis atas dulang pembakar di mana saya letak aluminium foil.

Sapu planta...disebabkan planta saya baru keluar dari fridge, maka kebekuannya membantutkan usaha menyapu rata seluruh permukaan roti, maka saya sapu ala kadar...oohh.

ni namanya ala terkadar
Kemudian, dalam satu bekas, masukkan tuna separuh tin tu, mayonis dalam dua sudu setengah, sedikit serbuk lada (dengan harapan pedas) , daun bawang dan daun sup.
Gaul sebati.


Letak atas roti dan taburkan cheese untuk toping.



Tabur lada hitam yang sengaja ku tumbuk tak berapa hancur...


Dah siap masuk oven.
Bakar sampai cheese nampak mencair...adalah dalam 15minit. 180 darjah celcius.



Taraaa...ni ler hasilnya.
Minum dengan air kopi 434 Muar.


Cubalah!

Close up..


Betapa malasnya nak menumbuk.
Lada Hitam je pun...

Jackson Finter’s submission for Gizmodo’s Shooting Challenge Cinemagraph.
sumber image : jackson-finters











De Meises - Dengarlah Bintang Hatiku

Suka dengar lagu ni..
Tapi terkadang menitik juga airmata..



walau ku tahu raga mu tak utuh
Nurulhasanah Binti Nazri (18 Mei 2011 - 29 Jun 2011)

Terlampau singkat nak bermanja
Dah 3 tahun berlalu..


GILER KENTANG !!!

Assalamualaikum...
Mmmm ...kali ni saya nak kongsikan resepi yang saya buat sebentar tadi. Semalam saya buat ni YUKON GOLD...

macam jadik je kan....hihhi....senang je...potong potong potong jangan sampai habis terpotong...disebabkan bahan bahan kat dapur tu terhad(belum beli), tapi nak buat jugak...saya cuma sapu minyak jagung.., serbuk secukup rasa dan kari...hihihi....bakar la dalam 45 minit gitu...

Ok , now saya kongsikan apa yang saya dah buat tadi.
TWICE BAKED POTATO....KENTANG BAKAR DUA KALI...macam tu ler nama resepinya...
Hasil google dan youtube. Tapi saya ubah ikut cara saya sendiri dan tak susahkan diri cari bahan...hiihiii..

Ok saya taknak taip bahan -bahan resepi ni, saya nak  pembaca baca sampai habis...hihi..boleh kan.??

Bahan yang kita wajib ada pastilah KENTANG..Cari kentang yang saiznya agak besar, kalau boleh yang besar tapak tangan gitu, atau orang panggil Potato US...Amerika la sangat....hihi

Basuh kentang ni bersih bersih hingga hilang kesan tanah tu...Tak perlu buang kulit ye. 

Kemudian toskan or lap hingga kering. Sapu minyak jagung ke seluruh kentang dan kemudian cucuk cucuk dengan garpu kentang tersebut.

Lumurkan dengan minyak jagung
Cucuk cucuk dengan garpu
Balut kentang dengan aluminium foil...bakar dalam 1 jam gitu.

Balut dengan aluminium foil
Ok sementara tunggu kentang masak...saya tenngok Gegarvaganza....hihihi...mmm....nyanyian Sam Innuendo macam best jek...

Oh berbalik pada resepi tadi...Bila dah masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit..Kentang tadi kita potong dua. 
Keruk (eh betul ke perkataan ni), keruk isi kentang menggunakan sudu....keluarkan isinya...hati-hati jangan sampai terkena kulit kentang, nanti berlubang dah tak cantik.

Buat macam ni ye.


Hasil kerukan...haaa
Isi kentang tu jangan ler buang... Kita tambahkan dengan separuh tin tuna hot cili (nak guna bahan lain pun ok kot - daging cincang ke ) Tapi kalau guna daging ke atau bahan yang kena masak dulu tu yang i malassss. Maka saya guna tuna dalam tin jek...itu pun separuh je ye.

Mayonis dalam 2 sudu setengah.

Potong daun bawang dan daun sup...masuk kan ke dalam mangkuk yang berisi kentang tadi...jangan di masukkan semua, tinggalkan sedikit untuk hiasan nanti.

oh jangan lupa masukkan sedikit susu...saya bubuh sedikit je ..agak -agak macam ok. Gaul sebati ye...
saya tak guna pun alat lenyek tu..guna sudu jek...maka kentang tu tak la berapa halus di lenyek..

saya suka full cream dutch lady
Bila dah sebati...masukkan ke dalam kentang yang kita dah buat lubang tadi...macam ni..

Letakkan keju di atas sebagai topping...

Harga dalam RM8.50
akhir sekali letakkan daun sup n daun bawang lebihan tadi di atasnya....

masuklah ke dalam oven. Bakar dalam 20 minit 200 darjah celcius atau tengok keju tu dah mencair.....ok lah tu dah masak...

Tunggu keju cair...
Ok hasilnya .....taraaaaaaa.....

2 biji kentang untuk 4 orang makan...


Buh Gambo ni kat pesbuk


Sekian..Selamat Makan..
Gegarvaganza hasnol terkeluar malam nih.


Ok ni baki bahan - bahan tadi...banyak lagi pun..bukan guna semua...esok mesok boleh buat lagi...kalau rajin.


Terima Kasih Kerana Rajin Membaca.
Maaf Cikgu Bahasa.