Saturday 17 January 2015

Pajeri Nenas Versi Sendiri

hmm...baru siap masak..
masak ringkas je..

haritu hubby bawak balik nenas 4 biji
member dia bagi katanya

2 biji dah makan gitu jek
manis dan bersari
sedap tu

harini tetiba macam nak buat
pajeri nenas

apa lagi
google la resepi
maklumat kan dihujung jari
tengok resepi diorang ni guna santan la pulak
kat dapur ni santan pun takde
mmm...hentam je lah..takde santan pun ok kot

saya cuma guna 
bawang kecil 5 biji
bawang putih 3 biji
halia sikit
udang kering

semua tu blend...
mananya saya nak tumbuk
m a l a s
zaman da berubah

masa nak tumis
campak 
bunga lawang
kulit kayu manis
cengkih
then
masuk bahan blend
tunggu ler macam da wangi gitu
masuk rempah kari ikan yang dah dibancuh air
tunggu sampai pecah minyak
buh garam dan gula

agak-agak dah lama tu 
baru masuk nenas yang dipotong gaya saya (hehehe)
sukati je kan

ok gaul dan tutup periuk
mmm rasa macam nak berkuah
saya bubuh air sikit

biar sampai nenas nampak layu

siap!!!
Pajeri Nenas Versi Marina


Friday 16 January 2015

Terkenang


Semalam balik kerja
biasalah tengok facebook sekejap
ada yang upload video baby pre-matured 
saya tau saya mesti akan sedih
tapi nak tengok jugak..
Hasilnya 
saya menangis teresak-esak
bengkak juga mata ni
Hubby tanya...dah kenapa?
Hubby tak tau saya tengok video ni
Saya cuma nangis dan nangis.

Menangis terkenang arwah baby sendiri

        
 Hati saya memberontak sedikit
Dalam video tu
ibu baby boleh peluk baby nya
ibu baby boleh pegang lama-lama baby nya

saya tidak
itu yang saya sangat sedih

Baby saya
Nurulhasanah Binti Nazri
18 Mei 2011 - 29 Jun 2011
Lahir kurang dari 1 kilogram
kecil...comel je
hayatnya cuma 43 hari sahaja
Ketentuan Ilahi
Kita mesti redha
Al-fatihah untuk anak mama.

Saya trauma juga
Lama juga

Dalam berulang alik ke hospital tu
saya cuma dapat beri darah je pada baby
susu badan tiada

Macam sekejap sangat
29 minggu dalam rahim

ini ujian saya
ujian kami berdua
Sebagai seorang yang percaya pada takdir
qada dan qadar
kita mesti terima.

2011
sekarang dah 2015
masih belum dikurniakan anak
Semoga Allah kabulkan doa kami

Bila kenangkan kembali
Saya rasa bersyukur sangat
dapat husband yang mententeramkan saya

setiap kali nak tengok baby
disorongnya saya dengan wheelchair tu

sebab
ada juga saya tengok
suami orang membiarkan sahaja
isterinya berjalan kaki
teruknya
dahlah baru lepas bersalin



Tadi saya google kisah baby tu
rupanya hidupnya juga tak lama
tumpang sedih akan kematian itu
Boleh ikuti kisah disini

Pizza Pondok Ku

Hari tu teringin nak makan pizza
Mmmm....cuba buat sendiri..
try tengok kat group kongsi resepi
scroll punya scroll jumpa
basic buat roti

Kat dapur tu ada bahan-bahan nak buat basic doh.
Lagipun bersemangat nak buat sebab
dah beli pan utk bakar piza nih

saya guna separuh dari bahan yang ditunjukkan.


contohnya 4 cawan tepung, saya guna 2 cawan je.
begitu juga dengan marjerin dan sebagainya
saya separuhkan dan agak-agak.

kenapa separuh?
sebab 2 cwn tepung dah memadai
nak buat sekeping je pun pizza tu.

Ni hasil buat doh separuh bahan tu

lama jugak uli
uli dengan tangan je
tak guna mesin
ingatkan melekat kat tangan
rupanya tidak
saya tak bubuh minyak pun
:)

dah siap doh...saya letak pes tomato..sosej dan cendawan
yang bulat-bulat tepi tu sebab dah terlebih rajin...kikiki

dah siap hias...
kita bakar.....!!

Taraaaaa...
ni la hasilnye...
Bakar dalam 35-40 minit gitu
tapi macam kehitaman sikit..
takpe..asal boleh makan..


 Nampak tak Ebol kat atas tu...
dia dah aim jek nak terkam...



Friday 2 January 2015

KUCING KESAYANGAN KAMI SUDAH TIADA LAGI

Sedih..
Antara kucing kesayangan kami sudah tiada lagi.
Mati.

31 Disember 2014
Dah 2 hari Neneng tiada.
Kami panggil Neneng sebab bulunya kuning.
Pembersih dan manja.

Pantang kalau dibuka pintu bilik
Pasti akan meluru masuk.
Aksinya akan sama setiap kali masuk bilik.
Lari meluru.
berhenti
kedepankan kakinya
tonggekkan bontotnya
kemudian
bammm
sajer jatuhkan badan
lepastu baring ke kiri dan ke kanan.
comel.

Kematian Neneng disebabkan infection di kakinya.

Gambar Neneng yang menjadi kenangan


TAZKIRAH
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, 
“Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Video Kenangan Neneng


SELAMAT TAHUN BARU 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Hihi...dah bersawang dah blog ni
Tapi rasanya tak terlambat nak ucapkan 
Selamat Tahun Baru 2015
Dah 2 Januari 2015 dah pun.

Dulu masa buat blog,
angan-angannya satu hari satu entri
hmmm,,,,
hangat-hangat taik ayam orang cakap.

Penghujung Disember 2014 penuh dengan berita duka Malaysia.

Banjir
Air Asia
dan
jenayah dan rendah moral yang masih berterusan
.
.
.

Semoga Tahun 2015 ini
memberi sinar baru

Azam?

Azam saya tahun ni berkaitan blogging.
Sekurang-kurangnya seminggu 5 entry..

adehhh...moga tak bersawang lagi.



Adiosss.

TAZKIRAH PILIHAN

Bohong Sunat 
Dari Ummu Kalsum binti 'Uqbah RA sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 'Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik..