Semalam balik kerja
biasalah tengok facebook sekejap
ada yang upload video baby pre-matured
saya tau saya mesti akan sedih
tapi nak tengok jugak..
Hasilnya
saya menangis teresak-esak
bengkak juga mata ni
Hubby tanya...dah kenapa?
Hubby tak tau saya tengok video ni
Saya cuma nangis dan nangis.
Menangis terkenang arwah baby sendiri
Hati saya memberontak sedikit
Dalam video tu
ibu baby boleh peluk baby nya
ibu baby boleh pegang lama-lama baby nya
saya tidak
itu yang saya sangat sedih
Baby saya
Nurulhasanah Binti Nazri
18 Mei 2011 - 29 Jun 2011
Lahir kurang dari 1 kilogram
kecil...comel je
hayatnya cuma 43 hari sahaja
Ketentuan Ilahi
Kita mesti redha
Al-fatihah untuk anak mama.
Saya trauma juga
Lama juga
Dalam berulang alik ke hospital tu
saya cuma dapat beri darah je pada baby
susu badan tiada
Macam sekejap sangat
29 minggu dalam rahim
ini ujian saya
ujian kami berdua
Sebagai seorang yang percaya pada takdir
qada dan qadar
kita mesti terima.
2011
sekarang dah 2015
masih belum dikurniakan anak
Semoga Allah kabulkan doa kami
Bila kenangkan kembali
Saya rasa bersyukur sangat
dapat husband yang mententeramkan saya
setiap kali nak tengok baby
disorongnya saya dengan wheelchair tu
sebab
ada juga saya tengok
suami orang membiarkan sahaja
isterinya berjalan kaki
teruknya
dahlah baru lepas bersalin
Tadi saya google kisah baby tu
rupanya hidupnya juga tak lama
tumpang sedih akan kematian itu